Tuesday, 23 August 2011

siapa ulamak

assalamualaikum, aku rakyat kecil masih ingin menulis:

Ada orang bertanya siapa sabenarnya ulamak? Doktor, arkitek, ahli sains, dan sebagainya?

Ada juga yang mendakwa sebarang ahli ilmuan itu adalah ulamak kerana mereka juga orang yang berilmu?

Yang aku fahamkan ulamak itu ialah ahli ilmuan yang menyangkut ilmu dalam islam, tak kira apa bidang sekalipun, asalkan ilmu itu dikehendaki dalam islam dan orang itu mistilah mahir segala hukum hakam islam.termasuk segala macam ilmu usul, sama ada usul fekah, usul tauhid, dan segala macam usul lah. [ada asal ada usul walhasil balik asal}

Apa pendapat anda?

Sila berikan ulasan pada saya agar saya tahu lah pulak.

jangan lupa beri komen ya

Thursday, 18 August 2011

Dekati ulama

Assalamualaikum, lama dah kutinggalkan ruang ini berlari mengejar dunia kononnya tapi malang sunia ni sikejar bertambah laju meninggalkan kita tak larat sudahnya. Kembali ke kearah ulama yang misti terus berani walaupun ia berada dimana tapak sekali pun. Yang penting bukan tapaknya tapi keranian menyuarakan apa saja isu yang harus ditunjulkan demi untuk difikirkan dan berani terus bertindak mengikut kesesuaian.





Apa yang kita maksudkan bukan suatu yang baru, masih benda lama cuma agak terabai dan hampir dilupakan. Contoh isu menutup aurat kaum wanita dan amalan beragama.





Ada antara yang bijakpandai mengatakan biarkan benda kecil-kecil berlalu begitu, yang remeh kenapa nak digembar gemburkan? masih banyak persoalan yang lebih besar yang menyangkut soal akidah dan murtad yang masih bersimpang siur melilit pinggang?





Aku merasakan sebagai rakyat kecil merasa tidak selesa, kerana ramai yang pandai berkata-kata soal ilmu islam tapi sabenarnya mereka pun mengaji dan mengkaji tak sampai mana pun?





Kalau setakat keluar uneversiti tempatan sahaja kok barangkali tidak cukup. Paling tida pun yang mahir empat mazhab dan pakar enam hadis/"Daurah hadis". Yang lebih tinggi mungkin tak sempat lah.





Pernah suatu ketika aku memberanikan diri konon memperbetulkan suatu isu tapi dengan sombong pulak mereka menafikan konon benda yang salah tapi sudah jadi tradisi masyarakat maka akan diambil kira ok lah asal jangan jadi pertelingkahan? ahirnya mati bergitu sahaja.





Sepatutnya mereka mencari atau mendekati ulama yang tepat untuk mendapatkan maklumat dan ilmu yang soreh.





Cukup dulu coletehku sementara menunggu azan magrib langsung berbuka puasa.
wassalamualaikum teruskan mencari kebenaran sambil berani beramal.